29hmbruno1_1490739064.jpg

Seremban: “Saya akan terus berusaha menjaringkan gol dalam perlawanan akan datang terutama ketika menentang Sabah hujung minggu ini dan berharap misi kami untuk membawa pulang kemenangan akan tercapai,” kata ayam tambatan Negeri Sembilan, Bruno Suzuki.

Negeri Sembilan bakal membuat perhitungan dengan Sabah dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, di Stadium Likas, Sabtu ini.

Suzuki yang berasal dari Jepun dan beraksi di posisi tengah pastinya mendapat suntikan semangat baru untuk terus memperagakan aksi mantap apabila menerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan daripada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Pemain berusia 27 tahun itu akui tidak menyangka menerima anugerah berkenaan, namun mengakui sangat teruja kerana terpilih dan yakin ia mampu menyuntik motivasi tinggi bukan saja kepada dirinya malah pasukan.

“Kemenangan ini bukan datangnya dari saya seorang tapi sumbangan semua pihak termasuk barisan pengurusan dan rakan sepasukan yang sentiasa memberikan kerjasama di luar dan atas padang.

“Tidak lupa juga pada penyokong Negeri Sembilan yang mengundi saya sepanjang tempoh undian ini berlangsung.

“Apapun ia membakar semangat saya untuk beraksi lebih baik bagi memastikan kemenangan pasukan pada perlawanan menentang Sabah nanti,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan bagi bulan Februari 2017 yang disampaikan Presiden PFAM Hairuddin Omar, di padang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden PFAM Rezal Zambery Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail; Pengurus Negeri Sembilan, Satwant Singh dan ketua jurulatih, Asri Ninggal.

Anugerah dikelolakan oleh PFAM dengan kerjasama asiana.my adalah satu pengiktirafan kepada pemain bolasepak profesional dan Suzuki menjadi pemain pertama dari pasukan itu menerima anugerah berkenaan.

Dia menerima hadiah RM500, baucer barangan sukan serta gambar beserta bingkai sumbangan penaja.

Suzuki yang setakat ini sudah meledak tujuh gol daripada lapan perlawanan liga dilihat pemain paling dominan dalam skuad Hoben Jang Hoben.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s