tya1_cropped_1490780164.jpg

Kuala Lumpur: Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, 29, iaitu Tya Adnan, 25, dimasukkan ke pusat perubatan di Kajang akibat terkena jangkitan kencing tikus, kelmarin.

Shukri yang popular dengan drama Tujuh Hari Mencintaiku itu ketika dihubungi berkata, keadaan Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan kini semakin stabil selepas menerima rawatan.

“Doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus, alhamdulillah selepas dua hari ditahan di wad, keadaan isteri semakin stabil.

“Bagaimanapun, Tya terpaksa ditahan untuk tempoh tiga hari lagi kerana perlu dipantau doktor,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shukri, pada awalnya Tya mengalami demam yang berlarutan selama 10 hari.

“Ketika itu, suhu badannya juga meningkat sehingga 39 ke 40 darjah Selcius. Pada waktu malam pula, demamnya semakin menjadi-jadi sehingga menggigil. Selain itu, badannya turut ditumbuhi bintik-bintik kemerahan,” katanya.

Shukri berkata, buat masa ini, Tya dijaga Shukri dan anggota keluarganya.

“Mujur saya tidak terikat dengan penggambaran drama atau komitmen lain. Jadi, saya banyak meluangkan masa untuk bersamanya di hospital,” katanya.

Menurut Shukri, dia juga bersyukur kerana anaknya, Aaira Ameena yang kini berusia tujuh bulan berada dalam keadaan baik dan dijaga ibunya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s