29hm58je_1490741009

London: Bekas bintang Arsenal Robert Pires percaya Arsene Wenger akan menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab itu dan berkata, pengendali Perancis itu mempunyai motivasi tinggi serta masih mampu membimbing Gunners.

Pires yang masih lagi menjalani latihan bersama skuad utama Arsenal dan sering berhubungan dengan Wenger, menjangkakan jurulatih berusia 67 tahun itu berupaya mengetepikan semua kritikan dan terus bersama Arsenal buat musim ke-22.

Kontrak Arsene akan tamat hujung musim ini tetapi beliau masih belum memutuskan sama ada mahu menandatangani kontrak lanjutan atau tidak.

“Pada pendapat saya, beliau pasti menandatangani kontrak baru, sekurang-kurangnya semusim lagi. Beliau cukup bermotivasi dan sedia,” kata Pires kepada Cadena Ser.

“Tawaran untuk beliau sudah ada. Beliau hanya perlu menandatanganinya. Beliau mendapat sokongan presiden,” kata Pires. “Penyokong mahukan gelaran dan Arsenal tidak bermain baik. Mereka sudah berada di separuh akhir Piala FA.

“Arsene perlu meneruskan tugasnya dan jika setuju, beliau perlu mengubah banyak perkara. Itulah perkara paling penting buatnya dan Arsenal. Kita tunggu dan lihat.”

Pires turut menyokong pandangan Wenger mengenai peluang Perancis untuk memenangi Piala Dunia di Russia, musim panas nanti.

Perancis yang menjadi tuan rumah Euro 2016, mempunyai ramai pemain muda berbakat termasuk penyerang Kylian Mbappe.

“Kami sudah hampir untuk memenangi sesuatu,” kata Pires. “Kita sudah lihat keupayaan Perancis tahun lalu. Malangnya mereka tewas kepada Portugal di final Euro. Tetapi mereka sudah hampir menjulang kejuaraan. Kita lihat saja di Piala Dunia nanti.” – Agensi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s