29hm55mb_1490740003.jpg

Melaka: Seramai 47 pelumba cilik berusia empat hingga 17 tahun menyertai perlumbaan Melaka Minibike Challenge di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) Durian Tunggal, baru-baru ini.

Kejohanan anjuran bersama Kelab Minibike Permata Melaka dan Red Speed Motorsport itu antara lain bertujuan mendedahkan generasi muda dengan asas menjadi pelumba profesional.

Penyertaan termasuk dari Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor itu juga memberi peluang kepada saingan kompetitif untuk pembentukan pelumba berkualiti.

Saingan membabitkan kategori beginner bawah 12, novice air cool dan expert terbuka bawah 17 itu turut menarik minat peserta baru.

“Apa yang menarik ada pelumba berusia seawal empat tahun turut serta dalam kejohanan berkenaan sekali gus memberi pendedahan lebih awal pembentukan atlit sukan permotoran negara.

“Pendekatan berkenaan memberi keyakinan tinggi kepada penunggang minibike cilik beraksi dan pada masa sama mematuhi segala ciri-ciri keselamatan terutama ketika mereka mempamerkan bakat dan kehebatan masing-masing di gelanggang,” kata Pengerusi Kejohanan Rasli Iddham Ramli.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s