AF01858295_1490748212

Zurich: Penyerang Lionel Messi digantung empat perlawanan antarabangsa Argentina kerana memaki pegawai perlawanan.

Keputusan itu diumumkan kurang enam jam sebelum bermulanya perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Bolivia di La Paz.

Dengan keputusan itu, Messi hanya dapat beraksi dalam satu daripada lima perlawanan kelayakan Piala Dunia Argentina.

FIFA berkata, Messi mengatakan kata-kata kesat itu ketika kemenangan 1-0 ke atas Chile, minggu lalu.

Kemenangan itu hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Messi.

Siaran televisyen menunjukkan Messi memaki penjaga garisan, Emerson Augusto do Carvalho pada akhir perlawanan selepas dikasari pemain Chile, Jean Beausejour.

Carvalho cuba menenangkannya tetapi Messi terus merungut.

Carvalho berkata, dia tidak memahami kata-kata Messi pada masa itu.

“Saya hanya mengetahui dia mengeluarkan kata makian selepas membacanya dalam media,” katanya.

Sementara itu, dalam satu surat kepada Persatuan Bola Sepak Argentina (PFA) yang diterbitkan media negara itu, FIFA berkata, kejadian itu tidak dinyatakan dalam laporan pengadil.

Bagaimanapun, ia dibawa ke pengetahuan FIFA menerusi laporan media, katanya.

“Keputusan ini selaras dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA sebelum ini dalam kes serupa,” kata FIFA.

PFA akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Messi sedih. Hari ini, kami kehilangan pemain penting,” kata setiausaha pasukan nasional, Jorge Miadosqui.

Messi juga akan terlepas perlawanan di Uruguay serta perlawanan di laman sendiri menentang Venezuela dan Peru.

Messi hanya dapat beraksi semula apabila Argentina melawan Ecuador pada 10 Oktober.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s