29hm58ke_1490740972

London: Dejan Lovren mengalu-alukan kehadiran Ivan Perisic ke Liverpool tetapi pada masa sama mengaku dia tidak tahu menahu mengenai usaha membawa masuk pemain itu.

Liverpool, Chelsea serta Manchester United masing-masing dikaitkan dengan perpindahan pemain sayap berbakat Inter Milan itu.

Perisic pernah bermain di bawah kendalian pengurus Liverpool Jurgen Klopp ketika mereka mewakili Borussia Dortmund.

Lovren berkata, dia dan semua pemain Liverpool menganggap khabar angin mengenai kehadiran pemain antarabangsa Croatia itu dengan hati terbuka dan tidak sabar untuk melihatnya beraksi.

“Kami pemain tidak tahu menahu mengenai perpindahan hinggalah ia benar-benar berlaku. Itu adalah perkara biasa buat kami,” kata pemain pertahanan tengah itu.

“Tetapi bagi seorang pemain seperti Perisic, perpindahan ke Liverpool pasti sesuatu yang sangat hebat. Dia seorang pemain berkualiti.

“Di Liverpool, semua pemain menerimanya dengan hati terbuka.

“Bagaimanapun, saya sendiri tidak tahu sama ada khabar itu benar atau tidak.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan ialah dia mempunyai skil hebat, pengetahuan serta kualiti yang sangat baik.”

Perisic berpindah ke San Siro dari Wolfsburg pada musim panas 2015 dan sudah membuat penampilan sebanyak 70 kali bersama Inter termasuk menjaringkan 18 gol. – Agensi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s