29hmkionggg_1490740530

Kuala Lumpur: Kecederaan leher Tan Wee Kiong tidak menggusarkan jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan dan mengharapkan anak buahnya mampu beraksi cemerlang menjelang pusingan pertama Terbuka India hari ini.

Menurutnya, setakat ini semuanya berjalan lancar buat Goh V Shem-Wee Kiong dalam usaha untuk mencatatkan keputusan cemerlang di India, sekali gus mampu merampas semula ranking nombor satu dunia selepas dipintas Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukalmuljo dari Indonesia.

“Semuanya berjalan lancar cuma sebelum ini (Sabtu lalu) Wee Kiong mengalami kesakitan di bahagian leher sehingga sukar buatnya untuk menoleh ke kanan dan kiri,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

V Shem-Wee Kiong yang sebelum ini menduduki ranking nombor satu dunia sejak November tahun lalu hilang kedudukan berkenaan selepas terkandas di suku akhir Seluruh England.

“Saya rasa kecederaan Wee Kiong tidak terlalu serius dan dia semakin sembuh, seterusnya bersedia untuk memulakan aksi di Terbuka India.

“Apa yang saya lihat setakat ini dalam saingan beregu lelaki, semua gandingan boleh memberikan aksi terbaik. Ia bukan mudah untuk mereka tapi saya harap mereka sentiasa fokus satu demi satu perlawanan,” kata Jeremy.

Ditanya sama ada V Shem-Wee Kiong mampu merampas semula ranking nombor satu dunia, Jeremy berkata, semuanya tidak mustahil jika anak buahnya mampu memberikan persembahan terbaik dan memperoleh keputusan cemerlang.

Pilihan utama Terbuka India itu akan memulakan kempen di Stadium Tertutup Siri Fort menentang pasangan dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh hari ini.

Turut beraksi hari ini ialah naib juara beregu campuran Seluruh England, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang akan menentang wakil tuan rumah, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s