29hm58pp_1490740940.jpg

Saitama, Jepun: Penyerang Leicester City Shinji Okazaki (gambar) meledak gol antarabangsa ke-50 ketika membantu Jepun mengalahkan Thailand 4-0 sekali gus semakin hampir untuk ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali keenam berturut-turut.

Shinji Kagawa memberikan pendahuluan buat tuan rumah pada kempen Kelayakan Asia Kumpulan B pada minit ke-8 sebelum Okazaki menanduk masuk gol kedua.

Gol Okazaki itu yang hadir pada penampilan ke-108 bersama Samurai Biru, terhasil pada minit ke-19 dan ia membunuh semangat juang pelawat.

Yuya Kubo serta Maya Yoshida menambah dua lagi gol buat Jepun selepas rehat dan Eiji Kawashima menyelamatkan penalti diambil Adisak Kraisorn pada lewat permainan.

Jepun yang menang 2-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu minggu lalu, menduduki tangga teratas kumpulan dengan 16 mata selepas tujuh aksi.

“Saya gembira dapat menjaringkan gol,” kata Okazaki. “Sudah lama saya tidak menjaringkan gol dan justeru, ia memberi kelegaan buat saya. Saya harap akan dapat terus berbuat demikian untuk Jepun.

“Kami masih belum ke Piala Dunia. Kami perlu pastikan bahawa kami mengambil setiap peluang pada baki perlawanan.” – AFP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s