bienda1.jpg_1490724916.jpg

Selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata, penyanyi Bienda memperlahankan aktiviti seni kerana mahu fokus pada rumah tangga.

Menurut pemilik nama sebenar Nor Razlinda Razli, 32, selain sibuk menguruskan dua anak yang masih kecil, dia juga menceburi bisnes sebagai jaminan masa depan sejak lapan tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dapat melihat anak membesar depan mata.

“Maklumlah, dua anak saya menyusu badan sepenuhnya sehingga usia mereka mencecah dua tahun.

“Kini, anak sulung, Lavienda Namiraz sudah berusia 5 tahun dan yang kedua, Laxiendra, 3 tahun,” katanya.

Bienda berkahwin dengan penerbit program di Primeworks Studios, Kamarul Zariman pada 8 Oktober 2010.

Selain mengusahakan bisnes tudung jenama Labienda, penyanyi ini turut menimba pengalaman sebagai penyampai radio di stesen radio Manis FM selama setahun.

“Saya menjadi penyampai Manis FM di Terengganu pada tahun lalu dan kontrak akan berakhir bulan ini.

“Saya memilih bekerja di stesen radio pantai timur itu kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengembangkan bisnes di sana.

“Selain dapat tawaran yang bagus, suami mengambil cuti untuk menemani saya ketika bertugas di sana,” kata bekas pengacara program Nasi Lemak Kopi O itu.

Namun, cinta Bienda terhadap bidang nyanyian tidak pernah luntur malah bekas anggota kumpulan Solehah ini merancang menghasilkan single baru dan kembali aktif menghiburkan peminatnya.

“Saya mula menyanyi pada usia 15 tahun. Bersama Solehah, saya sempat buat lima album sebelum keluar dari kumpulan itu untuk bergerak secara solo.

“Saya juga turut menghasilkan album solo pada 2009. Selepas sekian lama menyepi, saya akan tampil dengan single baru bagi mengubat kerinduan peminat.

“Single ini ciptaan komposer terkenal Dj Fuzz dan akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya

Tidak takut dikecam

Selepas ibunya penyanyi dangdut Sheeda menyertai program realiti Gegar Vaganza 2, Bienda juga bakal bersaing di pentas Gema Gegar Vaganza terbitan Astro Oasis bermula 8 April ini.

Menurut Bienda, dia menyahut cabaran pertandingan berunsur lagu ketuhanan itu untuk mengembalikan semula namanya di pentas nyanyian.

“Saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan apabila ditawarkan pihak Astro menyertai pertandingan ini.

“Sebenarnya saya gementar tetapi mama dan suami tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat.

“Fokus saya bukan untuk menang tetapi mahu berikan yang terbaik dalam program itu,” katanya.

Pada masa sama, Bienda tidak takut dikritik juri seperti yang diterima ibunya dalam GV2.

“Kalau takut dikecam jangan masuk bertanding. Apa yang penting, saya tidak boleh melakukan kesilapan dan jangan beri peluang kepada orang untuk melontarkan komen negatif,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s