bangkit2.jpg_1490725550.jpg

Selain bekerja keras, kunci untuk terus bertahan dalam industri hiburan ialah menjaga hati peminat.

Itulah yang dipegang pelakon jelita, Fasha Sandha, 33, sejak hari pertama dia berkecimpung dalam bidang seni.

Menurutnya, dia sudah mengalami jatuh bangun dalam kerjayanya, tetapi berjaya bangkit semula hasil dorongan peminat.

Kelab peminat We Love Fasha Sandha (WLFS) menjadi sebahagian besar sumber kekuatannya untuk terus berjuang.

Disebabkan itulah dia sebak selepas WLFS membuat kejutan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33, baru-baru ini. Fasha tidak sangka mereka sanggup berhempas-pulas demi majlis berkenaan.

“Memang sebak kerana merekalah yang sentiasa berada di belakang saya sepanjang menjadi anak seni. Sokongan yang diberikan tidak pernah putus. Ketika dihentam, mereka tetap mempertahankan saya.

“Melihat satu persatu wajah yang selama ini menjadi peminat sejak hari pertama saya bergelar pelakon, ia sangat menyentuh hati.

“Apatah lagi ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu meraikan saya,” katanya.

Paling menyentuh hatinya adalah usaha penganjuran mereka yang ternyata begitu terperinci. Fasha sendiri tidak sangka WLFS berjaya mengatur sebuah majlis yang baik kerana menguruskan acara bukan senang.

“Saya sangat kagum dengan majlis ini dan benar-benar terharu kerana mereka sanggup berhempas-pulas mengadakannya. Saya pun kerap menguruskan acara sendiri dan tahu betapa susahnya mengatur majlis sebegini,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai artis, Fasha tetap meletakkan batasan tertentu dalam melayan peminat.

“Mereka (peminat) perlu faham ada masa kurang sesuai yang saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Kalau nak bergambar ketika saya sedang sibuk dengan anak atau ketika beratur di kaunter atau mesin ATM, ia tak sesuailah.

“Bagaimanapun, saya akan pastikan menolak dengan cara baik dan beritahu mereka alasan tidak dapat berbuat demikian,” katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya dengan peminat, Fasha tidak menafikan ada juga yang terlalu fanatik hingga sanggup mengekorinya. Tetapi mereka bukanlah dalam kalangan WLFS.

“Saya ada pengalaman diekori peminat fanatik hingga ke kereta dan ada juga cuba mengganggu tapi mereka bukan ahli kelab peminat saya.

“Sebab itu saya akan sentiasa pastikan dikelilingi orang yang boleh menjaga saya sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Tahun kebangkitan

Pada usia mencecah 33 tahun, Fasha mahu terus memperbaiki diri menjadi lebih baik dan kembali aktif dalam kerjaya lakonan.

“Pada usia begini, sudah tentu saya harapkan yang baik-baik sahaja selain memperbaiki diri.

“Tahun ini tahun kebangkitan saya. Saya bersyukur walaupun pelbagai dugaan dilalui, saya masih diberi peluang untuk berada dalam bidang ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, lebih 200 peminat hadir memeriahkannya. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pelakon, Nadzmi Adzwa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s