serbu2.jpg_1490725156.jpg

Karnival Throwbaek Drama anjuran Astro Ria di pusat beli-belah Nu Sentral , Kuala Lumpur, baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 30,000 pengunjung sepanjang empat hari berkampung di situ.

Program berkenaan disertai deretan selebriti popular membabitkan drama di saluran Astro antaranya Siti Nordiana dan Alif Satar (Dia Semanis Honey), Neelofa, Fattah Amin dan Alvin Chong (Suri Hati Mr Pilot), Aaron Aziz dan Amyra Rosli (Isteri Tuan Ihsan), Hisyam Hamid & Emma Maembong (Sayang Papa Saya Tak), Anzalna dan Saharul Ridzwan (Arluna), Zarul Umbrella (Cik Serba Tahu), Mira Filzah dan Zizan Razak (Jula Juli Bintang Cinta), Siti Elizad dan Fadlan Hazim (Papa Ricky).

Acara ini diadakan bagi memberi peluang kepada peminat beramah mesra dengan artis di samping pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung bertuah menerusi acara permainan pentas.

Ketua Saluran Melayu Astro Raqim Ahmad berkata, karnival ini didedikasikan buat penonton setia drama popular Astro.

“Penganjuran Karnival Throwbaek Drama ini didedikasikan khas buat penonton yang tidak jemu memberi sokongan terhadap setiap drama di saluran Astro.

“Menerusi karnival ini juga, kami berharap mendapat maklum balas terus daripada penonton mengenai drama di Astro supaya sentiasa dapat menyajikan naskhah berkualiti seiring kehendak penonton.

“Kami berharap menerusi usaha yang dilakukan ini, karya drama Melayu akan terus dipelihara, dihargai dan mendapat sokongan semua,” katanya.

Biarpun program ini bermula jam 10 pagi Khamis lalu, pengunjung sanggup datang awal dan menunggu selebriti pujaan masing-masing dengan membawa pelbagai kain rentang, poster dan hadiah.

Ada juga peminat tegar yang sanggup datang empat hari berturut-turut semata-mata mahu bertentang mata dengan selebriti yang berbeza. Malah, sebaik sesi beramah mesra dibuka, peminat tidak melepaskan peluang bergambar dan mendapatkan tandatangan semua artis terbabit.

Apa yang mengejutkan, belum pun sempat artis turun di lobi utama, peminat seperti histeria mengerumuni artis pujaan mereka hingga pengawal keselamtan terpaksa bekerja keras mengawal keadaan.

Walaupun berlaku tolak-menolak dalam kalangan peminat, ia tidak menjejaskan tumpuan artis terbabit untuk kekal memberikan tumpuan melayani permintaan mereka untuk bergambar kenangan.

Hari pertama karnival Khamis lalu cukup meriah. Biarpun berlangsung pada hari bekerja, peminat setia menanti hingga penghujung acara.

Selain sesi ramah mesra bersama peminat, karnival ini turut mengadakan pencarian bakat baru yang dikendalikan pengarah Rashid Sibir selain sesi tayangan istimewa drama popular Astro.

Pada hari kedua, peminat berpeluang beramah mesra dengan artis berbeza seperti Azrel Ismail, Sweet Farhana, Siti Elizad, Fadlan, Dafi dan Alif Satar. Lebih mengujakan, Siti Nordiana turut membuat persembahan dan menyanyikan single terbarunya, Terus Mencintai.

Pada hari ketiga dan terakhir, keadaan menjadi lebih gamat apabila ramai peminat menyertai pencarian bakat baru yang diadili pengarah Eyra Rahman dan Osman Ali.

Bagaimanapun, suasana bertukar menjadi riuh ketika kelibat Neelofa dan Fattah Amin mengambil pentas pada hari terakhir.

HISYAM SEDAYA-UPAYA PUASKAN HATI PEMINAT

Hisyam Hamid yang menghadiri hari pertama karnival terbabit berkata, pengalaman bertemu peminat sangat bermakna untuknya.

Tambahan pula, acara ini adalah pertama kali disertainya.

“Saya gembira dapat berjumpa dan beramah mesra dengan peminat. Rakan artis lain yang turut serta dalam program ini juga sangat ‘sporting’.

“Saya hargai kesungguhan peminat yang datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dan bergambar dengan saya. Biarpun sekejap sahaja pertemuan kami, saya cuba manfaatkan peluang itu sebaik-baiknya. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu seorang pun terkecuali dan berkecil hati tetapi ia di luar kawalan.

“Inisiatif ini penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong drama tempatan. Selain itu, acara yang diadakan ini juga dapat membina hubungan antara peminat dan artis dengan lebih dekat,” katanya.

HADIAH NEELOFA UNTUK PEMINAT, AMIRA RAPAT HUBUNGAN DENGAN RAKAN ARTIS

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa menyifatkan karnival ini satu inisiatif yang perlu diadakan setiap tahun bagi menghargai sokongan peminat terhadap setiap drama yang ditayangkan di Astro.

“Ini adalah ‘hadiah’ buat peminat. Walaupun drama Suri Hati Mr Pilot sudah lama melabuhkan tirainya, peminat masih merindui drama ini. Saya harap acara ini dapat diadakan setiap tahun,” katanya.

Amira Othman yang mewakili drama Abang Bomba I Love You berkata, karnival ini mendekatkan dirinya dengan peminat.

“Selain dapat mendekatkan diri dengan peminat saya juga dapat bertemu kembali dengan barisan pelakon memandangkan sebelum ini masing-masing sibuk dengan jadual kerja yang padat,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s