liputan1.jpg_1490740795.jpg

Kuala Lumpur: Sebanyak 24 daripada 38 jenis sukan dipertandingkan pada Sukan SEA, Ogos nanti akan mendapat liputan secara langsung sepanjang dua minggu temasya dwitahunan itu berlangsung.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menjelaskan jumlah berkenaan melebihi 60 peratus sukan dipertandingkan dari 19 hingga 31 Ogos nanti.

Antara sukan utama terpilih adalah bola sepak, olahraga, akuatik, berbasikal trek, badminton, hoki, angkat berat dan karate.

“Jumlah itu melebihi 60 peratus daripada jumlah sukan dipertandingkan. Ini liputan secara langsung terbanyak dalam sejarah temasya itu,” katanya pada seminar penyiar Sukan SEA ke-29 semalam.

Tambah Khairy, ia mungkin tidak sehebat Olimpik namun akan menjadi liputan dan persembahan yang lebih menyeluruh untuk penonton.

“Saya turut mahu memastikan badan penyiar serantau gembira dengan kemudahan disediakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Mereka akan dibawa melawat esok (hari ini) bagi memastikan semua keperluan dapat dipenuhi,” tambahnya.

Sebanyak 15 badan penyiar dari tujuh negara Asia Tenggara serta sebuah penyiar antarabangsa dari Switzerland hadir pada seminar kali kedua itu.

Sementara itu, Khairy menjelaskan Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil kini sudah 80 peratus siap serta bakal diserahkan pada Julai manakala velodrom di Nilai akan dibuka bulan depan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s